Libreto
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Libreto adalah teks yang digunakan dalam karya musik lanjutan seperti "skrip" peranan dan komposer untuk opera, opereta, masque, oratorio suci atau oratorio sekuler, kantata, karya drama musikal dan juga balet. Istilah libreto juga kadang-kadang digunakan untuk merujuk pada teks karya yang berkaitan dengan keagamaan seperti misa dan requiem.
Libreto (atau libreti, lebih dari satu) diambil dari bahasa Italia yang berarti "buku kecil." Berbeda dari sinopsis atau skenario plot.
Libretis adalah penulis libreto dan hubungan libretis dengan komposer dalam pembuatan karya musik yang berbeda sepanjang masa, bergantung pada sumber-sumber dan teknik-teknik penulisan yang digunakan.
Hubungan komposer dan libreti
[sunting | sunting sumber]Libreti untuk opera, oratorio dan kantata dalam abad yang ke-17 dan 18 kebiasaannya tidak ditulis oleh penggubah opera, tetapi oleh penyajak-penyajak terkenal. Metastasio (1698–1782) (nama betul Pietro Trapassi) merupakan salah seorang libretis terkemuka di Eropah untuk era tersebut. Libreti dia banyak digunakan oleh ramai penggubah-penggubah di zamannya.
Antara libretis lain yang terkenal pada abad ke-18 ialah Lorenzo da Ponte, yang menulis libreti untuk tiga opera agung Mozart, begitu juga untuk penggubah-penggubah lain. Eugène Scribe merupakan salah seorang libretis abad ke-19, yang banyak menulis untuk karya-karya opera penggubah Meyerbeer, begitu juga untuk penggubah-penggubah lain seperti Daniel Auber, Vincenzo Bellini, Gaetano Donizetti, Gioachino Rossini dan Giuseppe Verdi.
Pasangan libretis Prancis, Henri Meilhac dan Ludovic Halévy, menulis sejumlah yang besar libreti untuk opera dan opereta untuk penggubah Jacques Offenbach, Jules Massenet dan Georges Bizet. Libretis Arrigo Boito pula banyak menulis libreti untuk, antara lainnya, Giuseppe Verdi dan Amilcare Ponchielli, termasuk dua opera gubahannya sendiri.
Libreto selalunya ditulis sebelum gubahan muzik lengkap. Beberapa penggubah, seperti Mikhail Glinka, Alexander Serov, Rimsky-Korsakov, Giacomo Puccini, dan Pietro Mascagni kebiasaannya menulis muzik tanpa teks dan memberikannya kepada para libretis untuk kata-kata kepada baris-baris melodi vokal.
Sesetengah penggubah pula gemar menulis libreti untuk opera-opera gubahan mereka sendiri, contohnya Richard Wagner yang kerap menggabungkan legenda dan peristiwa yang berlaku di Jerman ke dalam corak epik untuk opera dan drama muzik dia. Penggubah Alban Berg pula sebagai contohnya mengadaptasikan hasil karya Georg Büchner yang berjudul "Woyzeck" untuk libreto operanya yang berjudul "Wozzeck".
Kadang-kala sesebuah libreto ditulis dengan kerjasama rapat bersama penggubah, ini melibatkan adaptasi atau keseluruhan kerja seni seperti contohnya kerjasama di antara penggubah Nikolai Rimsky-Korsakov dan penulis libretonya, Bel'sky.
Kerap juga kerjasama tidak rasmi terjadi untuk kerja seni keseluruhan, iaitu setiap satu seperti karya muzik, lirik dan “buku” (contohnya, dialog percakapan dan arahan pementasan) ditulis oleh orang yang berlainan. Salah satu contoh adalah, drama muzikal yang mana penggubahnya adalah Jerry Bock, penulis lirik adalah Sheldon Harnick, dan penulis “book” ialah Joseph Stein.
Karakteristik sastra
[sunting | sunting sumber]Dari awal lagi (sekitar tahun 1600), libreto opera ditulis dalam bentuk puisi, dan berterusan hingga ke abad ke-19, walaupun genre muzik teater dengan dialog lisan telah kerap bertukar ganti di antara dialog dan puisi. Semenjak akhir abad ke-19, beberapa penggubah opera telah mula menulis musik dalam bentuk prosa atau puisi bebas libreti.
Muzik libreto, boleh dikatakan amat kerap ditulis dalam bentuk prosa (kecuali untuk lirik lagu). Muzik libreto ialah kerja muzik yang diadaptasi daripada sebuah drama, kadang-kala juga dipinjam dari dialog asal, contohnya drama muzikal "Oklahoma!" yang mana dialog drama tersebut diambil dari hasil karya penulis Lynn Riggs yang berjudul "Green Grow Lilacs". Libreto untuk drama muzikal "Carousel" diambil dari hasil karya dramatis Hungary, Ferenc Molnar, yang berjudul "Liliom", manakala dialog drama "My Fair Lady" pula kebanyakannya diambil dari drama "Pygmalion" hasil karya George Bernard Shaw.
Namun, terdapat juga pengecualian yang amat ketara untuk ini seperti contohnya, opera karya George Gershwin yang berjudul "Porgy dan Bess" yang dibuat berdasarkan hasil tulisan DuBose Heyward dan Dorothy Heyward yang berjudul "Porgy". Walaupun 95% dari opera tersebut adalah dalam bentuk nyanyian nyanyian, tetapi resitatif adalah bahagian yang besar membentuk set drama untuk muzik, iaitu dalam bentuk prosa, manakala aria, duet, nyanyian trio dan sebagainya, adalah dalam bentuk puisi.
Syarat-syarat atau kelayakan musik
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana tradisi-tradisi musik yang berbeza berkembang dari masa kesemasa di tempat-tempat yang berlainan, libreti juga berubahan menurut perubahan – perubahan berdasarkan kehendak dan amalan tempatan atau sesetengah tempat.
Sebagai contoh, sebuah komik opera Itali abad ke-18 seperti karya penggubah Giovanni Battista Pergolesi yang berjudul "La Serva Padrona" dipersembahkan menerusi nyanyian berterusan di Itali, tetapi di Prancis, bahagian resitatif ditukar kepada dialog lisan.
Bahasa dan terjemahan
[sunting | sunting sumber]Sebagai bahasa asal untuk opera, bahasa dan penggubah Itali mendominasi genre ini di Eropah (kecuali di Prancis) untuk keseluruhan abad ke-18, dan malah sehingga ke abad yang seterusnya di Rusia.
Pengecualian penting sebelum tahun 1800 boleh didapati dalam kerjaseni penggubah Henry Purcell iaitu opera Jerman di Hamburg pada era Barok, opera balada dan Singspiel untuk abad ke-18, dan sebagainya. Selain dari kesusasteraan dan lagu, libreto dia mempunyai banyak masalah dan cabaran untuk terjemahan.
Pada masa lalu (malah hari ini), kerja-kerja drama muzikal asing dengan dialog lisan terutamanya komedi, kadang kala dipersembahkan dengan bahagian nyanyian dalam bahasa asal dan dialog lisan dalam bahasa tempatan. Walau bagaimanapun, ini mengukuhkan idea sesetengah orang bahawa perkataan-perkataan untuk lagu tidak dikira penting, satu tanggapan biasa yang salah bagi orang yang tidak benar-benar memahami drama muzikal atau opera.
Ini sebenarnya tidaklah merosakkan sama sekali seni muzik, seperti yang pernah dibuat oleh pelakon-penyanyi terkenal, Betty Grable, Don Ameche dan Carmen Miranda. Tetapi, perubahan yang dibuat menukar maksud asal lirik dalam terjemahan yang dibuat seperti dalam drama muzikal "Show Boat", "The Wizard of Oz" (film 1939), "My Fair Lady" (atau "Carousel"), yang mana lirik-lirik lagu dan teks lisan berkait rapat antara satu sama lain. Lirik – lirik yang ditulis adalah untuk plot drama dan bukan sekadar untuk menyediakan kata-kata untuk lagu yang bagus.
Dengan adanya bahan bercetak atau projektor dalam persembahan-persembahan opera atau drama muzikal di rumah-rumah opera hari ini menjadikan nyanyian dalam bahasa asal opera iaitu bahasa Itali terutamanya sebagai lebih praktikal, walaupun sesetengah orang merasakan lebih bagus mendengar lagu drama di dalam bahasa sendiri.
Status libretis dan libreto
[sunting | sunting sumber]Di dalam sejarah penulisan opera, para libretis kurang mendapat penghargaan berbanding dengan para penggubah. Pada abad ke-17, nama-nama libretis langsung tidak direkodkan untuk opera-opera yang dibuat.
Setelah hasil karya penulisan mula mendapat tempat untuk hak milik atau penjualan, nama-nama mereka mula direkodkan di dalam manuskrip musik. Namun begitu, sehingga ke akhir abad ke-18, nama – nama para libretis masih juga kerap ditinggalkan atau jarang disebut-sebut sepertimana yang dilaporkan oleh Lorenzo da Ponte.
Pada abad ke-20 an, sesetengah libretis mula dikenal ramai sebagai hasil kerjasama terkenal sebagai contohnya Gilbert (libretis) dan Sullivan (penggubah).
Pada hari ini, kesemua skor muzik (dahulu dan kini) untuk opera atau opereta menuliskan nama kesemua penyumbang, kebiasaannya nama penulis ditulis sebagai nama kedua atau di kaki nota.
Publikasi libreti
[sunting | sunting sumber]Libreti boleh didapati dalam beberapa format, sesetengah darinya adalah lengkap dan sesetengahnya tidak. Teks-teks libreti, seperti contohnya, dialog lisan, lirik nyanyian, dan arahan-arahan pentas, biasanya dicetak berasingan dengan musik. Untuk opera-opera penting, kadang-kala (terutamanya untuk opera-opera yang terdapat di dalam perpustakaan umum), format ini ditambah dengan notasi muzik berpetikan melodik.
Skor muzik yang diterbitkan untuk opera secara lumrahnya mengandungi libreto seluruh, walaupun terdapat juga perbezaan di antara skor dan teks terbitan yang berasingan. Oleh kerana muzik moden lebih cenderung untuk diterbitkan dalam dua format bersilang (seperti contoh, buku – buku, skrip, skor vokal untuk piano, bahan muzikal, percakapan), kedua-dua ini diperlukan untuk membuat satu bacaan yang lengkap untuk keseluruhan pementasan.