Lompat ke isi

Angka Vietnam

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Terdapat dua set sistem angka dalam bahasa Vietnam, yaitu yang berdasarkan nomor Vietnam asli dan juga Sino-Vietnam yang mendapat pengaruh angka Tiongkok.

Seperti halnya bahasa Vietnam yang mendapat pengaruh Tiongkok yang kuat, bahasa Jepun dan bahasa Korea juga menggunakan dua sistem—sistem asli dan sistem Tiongkok. Tetapi penggunaan sistem Tiongkok adalah lebih meluas dalam kedua bahasa tersebut, dibandingkan dalam bahasa Vietnam. Nomor dari 1 hingga 1000 masih diungkapkan dalam sistem Vietnam asli dan hanya beberapa nomor (seperti 1,000,000, triệu diungkapkan dalam sistem Tiongkok.

Dalam sistem tulisan Vietnam, nomor dari setiap sistem dapat ditulis dengan dua cara. Dalam tulisan modern, nomor dari kedua sistem tersebut ditulis dalam aksara yang dirumikan yaitu quốc ngữ. Dalam tulisan lama, yang menggunakan Hán-Nôm (karakter), nomor dari sistem Tiongkok ditulis dalam Hán tự dan nomor dari sistem Vietnam asli ditulis dalam Chữ Nôm.

Bentuk dasar

[sunting | sunting sumber]

Bentuk dasar sistem penomoran Vietnam mengandungi beberapa aspek seperti berikut:

  • Berbda dengan sistem penomoran yang berlandaskan sistem Tiongkok yang lain ("Sino-Xenic"), bahasa Vietnam tidak mengasingkan nilai 10,000 (myriad), tetapi dalam ribu. Contohnya, "123123123" dituliskan dalam bahasa Vietnam sebagai "𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧𠦳𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧/một trăm hai mươi ba triệu một trăm hai mươi ba nghìn (ngàn) một trăm hai mươi ba", atau "123兆123𠦳123" (123 juta, 123 ribu dan 123),[1] sementara di dalam bahasa Tionghoa, bahasa Jepun dan bahasa Korea, nombor yang sama dinyatakan sebagai "1亿2312万3123" (1 ratus juta, 2312 puluh ribu dan 3123).
  • Walaupun terdapat dua set sistem angka dalam bahasa Vietnam, set nombor Sino-Vietnam sangat jarang digunakan. Hanya apabila sesuatu nombor melebihi tanda digit ribu, barulah nombor dari sistem Sino-Vietnam seperti "vạn/萬", "ức/億" dan "triệu/兆" akan digunakan secara khusus. Perkataan-perkataan Sino-Vietnam ini mewakili nilai nombor yang pernah digunakan pada zaman Tiongkok purba, dengan setiap angka bertambah sepuluh kali dalam nilai digit, 億 menjadi nombor untuk 105, 兆 untuk 106, dan seterusnya.
  • Kini, perkataan Sino-Vietnam "vạn/萬" dan "ức/億" semakin kurang digunakan.
  • Beberapa nombor terhasil dari campuran Vietnam asli dan Sino-Vietnam, contohnya, "mười triệu/𨒒兆", di mana "triệu/兆" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Vietnam, dan "mười/𨒒" merupakan perkataan asli.

Jadual berikut merupakan gambaran keseluruhan bentuk angka Vietnam yang asas, diberi dalam kedua-dua bentuk asli dan Sino-Viet. Untuk setiap nombor, sel bagi bentuk yang lebih biasa digunakan akan diwarnakan. Perbezaan dalam pembacaan antara dialek Hanoi dan Saigon ada dinyatakan di dalam nota-nota di bawah.


Nombor Sino-Vietnam Vietnam asli Nota
Hán tự Quốc Ngữ Chữ Nôm Quốc Ngữ
0 空 • 〇(零) không • linh (tiada) (tiada) Perkataan pinjaman "zêrô (zêro, dê-rô)" sering digunakan dalam penerbitan berkaitan fizik.
1 一(壹) nhất 𠬠 một
2 二(貳) nhị 𠄩 hai
3 三(叄) tam 𠀧 ba
4 四(肆) tứ 𦊚 bốn Dalam sistem nombor ordinal, perkataan Sino-Viet "tư/四" adalah lebih sistematik dan lebih banyak digunakan
5 五(伍) ngũ 𠄼 năm Dalam dialek Hanoi, "lima" boleh juga disebut "lăm" apabila menjadi sebahagian dari nombor dua digit berakhir dengan 5 (seperti 15, 25, 35...) untuk mengelak kekeliruan dengan kata sebunyi dengan năm, contohnya "năm/𢆥", yang bermaksud "tahun umur".
6 六(陸) lục 𦒹 sáu
7 七(柒) thất 𦉱 bảy Dalam sesetengah dialek Vietnam, ia juga dibaca "bẩy".
8 八(捌) bát 𠔭 tám
9 九(玖) cửu 𠃩 chín
10 (拾) thập 𨒒 mười
100 (佰) bách 𤾓 • 𠬠𤾓 trăm • một trăm Perkataan Sino-Viet "bách/百" lebih biasa digunakan sebagai morfem (dalam kata majmuk), dan jarang digunakan dalam bidang matematik sebagai satu digit. Contoh: "bách phát bách trúng/百發百中".
1,000 (仟) thiên 𠦳 • 𠬠𠦳 nghìn (ngàn) • một nghìn (ngàn) Perkataan Sino-Viet "thiên/千" lebih biasa digunakan sebagai morfem, tetapi jarang digunakan dalam matematik. Contoh: "thiên kim/千金". "nghìn" ialah pembacaan piawai di Vietnam utara, sementara "ngàn" ialah sebutan di selatan.
10,000 • 𠬠萬 vạn • một vạn 𨒒𠦳 mười nghìn (ngàn) "một/𠬠" di dalam "một vạn/𠬠萬" ialah morfem asli Vietnam.
100,000 • 𠬠億 • 𨒒萬 ức • một ức • mười vạn[2] 𤾓𠦳 • 𠬠𤾓𠦳 trăm nghìn (ngàn) • một trăm nghìn (ngàn) "mười/𨒒" dan "một/𠬠" di dalam "mười vạn/𨒒萬" dan "một ức/𠬠億" adalah morfem asli Vietnam.
1,000,000 • 𠬠兆 • 𠬠𤾓萬 triệu • một triệu • một trăm vạn[3] (tiada) (tiada) "một/𠬠" dan "trăm/𤾓" di dalam "một triệu/𠬠兆" dan "một trăm vạn/𠬠𤾓萬" adalah morfem asli Vietnam.
10,000,000 𨒒兆 mười triệu (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) "mười/𨒒" di dalam "mười triệu/𨒒兆" ialah morfem asli Vietnam.
100,000,000 𤾓兆 trăm triệu (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) (campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet) "trăm/𤾓" di dalam "trăm triệu/𤾓兆" ialah morfem asli Vietnam.
1,000,000,000 [4] tỷ (tiada) (tiada)

Bentuk lain

[sunting | sunting sumber]
Nombor Hán-Nôm Quốc Ngữ Nota
11 𨒒𠬠 mười một
12 𨒒𠄩 • 𠬠 tá mười hai • một tá "một tá/𠬠 tá" sering digunakan di dalam hal yang berkaitan matematik, di mana "" mewakili kata pinjaman "dozen".
14 𨒒𦊚 • 𨒒四 mười bốn • mười tư "mười tư/𨒒四" sering digunakan di dalam hal berkaitan sestera, di mana "tư/四" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Viet.
15 𨒒𠄻 mười lăm Di sini, "lima" disebut "lăm".
19 𨒒𠃩 mười chín
20 𠄩𨒒 • 𠄩𨔿 hai mươi • hai chục
21 𠄩𨒒𠬠 hai mươi mốt Bagi nombor yang mengandungi digit 1 dari 21 hingga 21, nombor 1 disebut "mốt".
24 𠄩𨒒四 hai mươi tư Apabila digit 4 muncul dalam nombor selepas 20, "tư/四" adalah lebih biasa digunakan.
25 𠄩𨒒𠄻 hai mươi lăm Di sini, lima disebut "lăm".
50 𠄼𨒒 • 𠄼𨔿 năm mươi • năm chục Apabila "𨒒" (10) muncul selepas nombor 20, sebutannya berubah kepada "mươi".
101 𠬠𤾓零𠬠 • 𠬠𤾓𥘶𠬠 một trăm linh một • một trăm lẻ một Walaupun "một trăm linh một/𠬠𤾓零𠬠" adalah dalam bentuk piawai, ia hanya biasa digunakan di Vietnam utara, di mana "linh/零" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Vietnam; "một trăm lẻ một/𠬠𤾓𥘶𠬠" lebih biasa digunakan di selatan.
1001 𠬠𠦳空𤾓零𠬠 • 𠬠𠦳空𤾓𥘶𠬠 một nghìn (ngàn) không trăm linh một • một nghìn (ngàn) không trăm lẻ một Apabila tempat digit ratus diduduki oleh sifar, nombor ini diungkapkan dengan "không trăm/空𤾓".
10055 𨒒𠦳空𤾓𠄼𨒒𠄻 mười nghìn (ngàn) không trăm năm mươi lăm
  • Apabila nombor 1 muncul selepas 20 dalam digit unit, sebutannya berubah kepada "mốt".
  • Apabila nombor 4 muncul selepas 20 dalam digit unit, sebutan Sino-Viet "tư/四" adalah lebih biasa digunakan.
  • Apabila nombor 5 muncul selepas 10 dalam digit unit, sebutannya berubah kepada "lăm".
  • Apabila "𨒒" muncul selepas 20, sebutannya berubah kepada "mươi".

Nombor ordinal

[sunting | sunting sumber]

Nombor ordinal Vietnam umumnya didahului oleh awalan "thứ", yang merupakan perkataan Sino-Viet yang bersamaan dengan ". Untuk nombor ordinal bagi satu dan empat, pembacaan Sino-Viet nhất/一" dan "tư/四" adalah lebih biasa digunakan; kadang-kadang, dua juga dinyatakan dengan perkataan Sino-Viet "nhì/二". Dalam semua kes yang lain, nombor asli Vietnam digunakan

Nombor ordinal Quốc Ngữ Hán-Nôm
Pertama thứ nhất 次一
Kedua thứ hai • thứ nhì 次𠄩 • 次二
Ketiga thứ ba 次𠀧
Keempat thứ tư 次四
Kelima thứ năm 次𠄼
Ke-n thứ … 次…
  1. ^ Di sini, "兆" merujuk kepada penggunaan Vietnam untuk 1,000,000, berbeza dengan pelbagai sistem skala dalam angka Tiongkok. Kini, "兆" secara rasmi dinyatakan sebagai 1012 di Republik Tiongkok, dan ditetapkan sebagai 106 di Republik Rakyat Tiongkok.
  2. ^ Tu dien Han Viet Thieu Chuu[pranala nonaktif permanen]:「(1): ức, mười vạn là một ức.
  3. ^ Tu dien Han Viet Thieu Chuu[pranala nonaktif permanen]:「(3): triệu, một trăm vạn.
  4. ^ Hán Việt Từ Điển Trích Dẫn 漢越辭典摘引 Diarsipkan 2011-07-28 di Wayback Machine.:「Một ngàn lần một triệu là một tỉ 秭 (*). Tức là 1.000.000.000. § Ghi chú: Ngày xưa, mười vạn 萬 là một ức 億, một vạn ức là một tỉ 秭.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]