Lompat ke isi

Kavadi

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Kavadi di Jerman
Kavadi yang dibawa penganut Hindu semasa Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania

Kavadi Attam ialah tarian yang dilakukan oleh penganut semasa upacara penyembahan Dewa Murugan, Dewa Perang orang Tamil.[1] Ia sering kali dilakukan semasa perayaan Thaipusam dan menekankan ikatan hutang ("debt bondage"). Kavadi itu sendiri merupakan beban fisik yang mana penganutnya memohon bagi bantuan Dewa Murugan.[2]

Persiapan

[sunting | sunting sumber]

Persiapan dimulai 48 hari sebelum dua hari perayaan Thaipusam. Penganut membersihkan diri mereka dari semua cemaran mental dan fisik. Mereka berpuasa dan hanya makan sayur-sayuran sekali sehari dan 24 jam sebelum Thaipusam, mereka harus berpuasa sepenuhnya.[2] Penganut menyiapkan diri mereka dengan mematuhi keadaan kesucian yang ketat yang termasuk:[1]

  • Melepaskan segala keinginan
  • Mencukur kepala
  • Mematuhi makanannya sayur-sayuran dan menghindari alkohol
  • Menghindari hubungan seks
  • Mandi dalam air dingin
  • Tidur di atas lantai
  • Sembahyang secara tetap
Vel kavadi

Vel Kavadi

[sunting | sunting sumber]

Amalan yang paling mengkagumkan adalah vel kavadi, pada asasnya meja penyembahan boleh alih dengan ketinggian sehingga dua meter, dihiasi dengan bulu merak dan dilekatkan pada penganut dengan 108 cangkuk yang menembusi kulit pada dada dan belakang. Berjalan atas api dan pencambukan juga diamalkan. Ia didakwa bahawa penganut mampu memasuki keadaan bersawai, tidak merasa sakit dan tidak berdarah dari luka mereka dan tidak meninggalkan parut. Gambar di sebelah menunjukkan selepas mendapat restu dewa murugan (dewa murugan memasuki tubuh seorang lelaki cina) maka rasa takut dan sakit telah hilang dari penari kavadi. Lelaki cina yang dimaksudkan adalah penganut buddha yang setia. Lelaki tersebut dikenali dengan guru mairavati atau bermaksud matahari merah. Guru muda tersebut yang senang dipanggil Jason atau nama sebenar Jason Tan Hock Loong Berumur awal 30 tahun dan amat disegani. Terdapat cerita dimana guru muda ini telah menyelamatkan seorang wanita yang menghidap penyakit barah payudara dengan sebiji labu air. Pemeriksaan doktor mengesahkan barah tersebut telah hilang. Dewa Ayyapan telah memasuki tubuh guru ini dan disaksikan oleh lebih 300 orang yang ingin melihat keajaipan ini. Guru tersebut boleh memanggil 28 jenis dewa untuk memasuki tubuhnya untuk merawat pesakit. Tetapi guru ini amat sukar untuk dijumpai kerana enggan berjumpa sesiapa kecuali atas kehendak dewa. Guru ini juga adalah anak kepada bekas ketua hakim borneo yang mana menjaga mahkamah tinggi sabah dan sarawak.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Referensi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Kent, Alexandra. Divinity and Diversity: A Hindu Revitalization Movement in Malaysia. University of Hawaii Press, 2005. (ISBN 87-91114-89-6)
  2. ^ a b Hume, Lynne. Portals.

Pranala luar

[sunting | sunting sumber]